Thursday, January 21, 2010

P&P Matematik dalam B. Inggeris

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris

sinopsis:

Pada dunia hari ini yang banyak mengalami transformasi, rakyat digalakkan bertungkus lumus untuk menguasai bahasa Inggeris. Oleh itu, satu dasar telah digubal iaitu pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di ajar di dalam bahasa Inggeris atau singkatannya adalah PPSMI. Pelaksanaan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik pada awalnya bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang yang mampu menguasai bahasa Inggeris.

Tetapi apakah dasar yang digubal ini memberikan implikasi kepada pelbagai pihak seperti guru, pelajar dan ibu bapa? Implikasi kepada pelaksanaan dasar ini adalah sangat besar baik kepada guru mahupun kepada pelajar. Sejak ianya dilaksanakan, PPSMI telah banyak menerima bantahan dan tentangan yang kuat. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah. Ini termasuklah para pelajar tidak dapat menguasai dan memahami mata pelajaran Sains dan Matematik semenjak ianya di ajar di dalm bahasa Inggeris.

Di sini dapatlah dijelaskan apakah matlamat sebenar dasar yang telah digubal ini telah berjaya dicapai?


5 comments:

  1. Pada pendapat saya, pelaksanaan PPSMI ini ada baik dan buruknya. Kebaikannya adalah tahap penguasaan bahasa Inggeris guru dan pelajar dapat ditingkatkan kerana guru dan pelajar perlu berbahasa Inggeris semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tetapi, dari segi pencapaian dan produktiviti menunjukkan penurunan. Ini mungkin disebabkan oleh pelajar kurang memahami tentang topik yang diajar oleh guru kerana pelajar tidak memahami bahasa yang digunakan oleh guru terutamanya kepada pelajar-pelajar luar bandar. Bahasa pengantar memainkan peranan yang penting kerana jika pelajar tidak memahami bahasa yang digunakan oleh guru. Oleh itu, permasalahan bahasa Inggeris ini perlu diatasi dan usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris perlu digiatkan.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    Pada pendapat saya pemansuhan PPSMI adalah satu langkah yang patut diteruskan memandangkan perlaksanaannya yang kurang berjaya. Sebenarnya perubahan yang di buat dalam PPSMI adalah bagus namun kita harus mempertimbangkan juga situasi keadaan diluar bandar kerana tahap penguasaan bahasa inggerisnya adalah sedikit dan ini memberi kesan terhadap proses pembelajaran dimana pelajar tidak dapat memahami apa yang diajar oleh guru dengan baik.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...

    Penubuhan PPSMI ini ada baik dan buruknya. Namun, kesan negatifnya adalah lebih tinggi berbanding kesan positifnya. Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah. Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Saudari Widad,
    Dasar PPSMI yang telah dihapuskan ini sebenarnya mempunyai pro dan kontranya
    Pada pendapat saya, bahasa yang paling baik digunakan dalam P&P pada peringkat asas adalah dalam bahasa ibunda atau bahasa yang difahami oleh para pelajar.

    Berbalik kepada isu PPSMI, sepatutnya suatu usaha untuk mempertingkatkan dulu penguasaan bahasa Inggeris dikalagan pelajar perlu dilakukan sebelum melaksana PPSMI ini. Penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris perlu diutamakan supaya pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris di peringkat awal.

    ReplyDelete
  5. Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) hangat diperkatakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Langkah kerajaan memperkenalkannya dengan tujuan utama untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar sekolah, telah menimbulkan perdebatan yang berpanjangan sehingga menerbitkan kumpulan-kumpulan penyokong dan pembantah dasar yang diperkenalkan ini.
    Melihat perkara ini secara objektifnya, saya merasakan langkah terakhir kerajaan untuk menamatkan perkara ini pada tahun 2012 adalah satu tindakan yang kena pada tempatnya. Penguasaan bahasa Inggeris pelajar adalah suatu perkara yang penting, tetapi ia mesti dipisahkan dengan dua matapelajaran Sains dan Matematik yang memerlukan tumpuan yang lebih daripada pelajar untuk menguasainya, dan mempelajarinya dalam bahasa ibunda adalah langkah yang terbaik.

    ReplyDelete