Friday, February 19, 2010

ada bagus nya jgk...

saya ni dikira seorang yang buta IT...tapi bila blajar subjek ni taula jgk sikit2 pasal blog,pasal IT skit2...mula-mula saya tension sbb nampak org lain pandai sgt buat assignment subjek ni.Kira ada byk bagus jgk walau pun tensionnya sama byk.

Thursday, January 21, 2010

P&P Matematik dalam B. Inggeris

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengajaran_dan_Pembelajaran_Sains_dan_Matematik_dalam_Bahasa_Inggeris

sinopsis:

Pada dunia hari ini yang banyak mengalami transformasi, rakyat digalakkan bertungkus lumus untuk menguasai bahasa Inggeris. Oleh itu, satu dasar telah digubal iaitu pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di ajar di dalam bahasa Inggeris atau singkatannya adalah PPSMI. Pelaksanaan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik pada awalnya bertujuan untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang yang mampu menguasai bahasa Inggeris.

Tetapi apakah dasar yang digubal ini memberikan implikasi kepada pelbagai pihak seperti guru, pelajar dan ibu bapa? Implikasi kepada pelaksanaan dasar ini adalah sangat besar baik kepada guru mahupun kepada pelajar. Sejak ianya dilaksanakan, PPSMI telah banyak menerima bantahan dan tentangan yang kuat. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah. Ini termasuklah para pelajar tidak dapat menguasai dan memahami mata pelajaran Sains dan Matematik semenjak ianya di ajar di dalm bahasa Inggeris.

Di sini dapatlah dijelaskan apakah matlamat sebenar dasar yang telah digubal ini telah berjaya dicapai?